Dec 31, 2009

kisah kasih?

Salam 2010

Aku tak pernah lagi melibatkan diri dalam cintan cintun secara serius..sekarang baru menjejakkan kaki ke alam cinta yang memang sah-sah penuh dugaan yang aku tak sangka sangat hebat tamparannya. Nak saja aku berenti, tapi dah separuh jalan..( takde telanjur apa2 sebab saya tau batasannya). Maksud aku separuh jalan tu, kami masing-masing dah tau isi hati, dah tau, insyaallah bahawa kami saling melengkapi, dan selebihnya terserah pada yang kuasa. Takkan aku nak tinggalkan dia macam tu saja sebab aku tak tahan dugaan pahit manis bercinta ni? Tak kawin la aku nanti..huhh

Aku tak faham kenapa lelaki mesti ego tinggi. Banyak cerita yang aku dengar pasal lelaki tak suka pasangan yang lagi kaya, lagi pandai, lagi popular dan sebagainya. Sangat pedih aku rasa bila X (oklah, introducing X, lelaki yang akan menjadi bahan cerita untuk tajuk ni) cakap dia tak layak untuk aku, alasannya, aku lagi pandai dan gred peperiksaan dan pointer aku lagi tinggi daripadanya. Dia cakap aku patut cari lelaki yang lebih hebat, lebih berkaliber, lebih pandai dan mendapat gred dan pointer yang lagi tinggi. Sedihnya hati bila cinta dipersoalkan dek faktor kepandaian (yang mungkin turun dari genetik ibu bapa dan tak dapat dihalang).

Kenapa lelaki mesti mempersoalkan hal-hal macam ni? Tak cukupkah X tahu yang aku sedia memberi sepenuh cinta (chewah) dan hatiku kepadanya? Aku sanggup terima apa sahaja asalkan dia tak mengalah. Dan mengalah tu yang aku paling tak boleh tahan. Ye lah, dah tau pointer sikit, blajar la rajin-rajin..janganlah asyik salahkan takdir dan asyik cakap 'aku bodoh, ko pandai'. X, tolong faham...aku dah banyak kali cakap kat kau, pointer dalam exam tak confirm lagi akan menjamin masa depan yang cerah. Ye lah, ada yang lulus universiti dengan pointer 4.00 setiap semester tapi, dengan kuasa Allah, kecundang juga di alam pekerjaan. Ada yang graduate daripada universiti dengan gred yang cukup-cukup makan dan bak kata orang Terengganu "bo lepah jah", dengan kuasa Allah berjaya menjadi multi-millionaire soleh bila dah kerja nanti.

Aku ni boleh la dikatakan pelajar cemerlang tapi Insyaallah bukanlah daripada golongan NERD yang hanya mengadap buku 24 jam. Aku tau limit aku, dan aku aktif sukan. Mungkin inilah alasan kenapa aku susah nak berteman lelaki dan rasa dicintai. (insyaallah, terpelihara daripada zina). Aku mendekati X pun sebab aku tau dia boleh membimbing aku. Aku berusaha menutup aurat sebaiknya, menjadi sopan dan perempuan yang baik kerana aku tau X sukakan orang mcam tu. ( niat kerana ALLAH itu lagi penting, insyaallah dapat dipupuk)

Tapi aku rasa sedih bila X mula mempersoalkan kes layak-tak layak ni. Akukah yang menentukan layak ke tak? Jodoh di tangan tuhan..dan aku yakin Allah akan bagi yang terbaik kepada aku, tak kesah la apa darjat dan status akal dan pemikiran. Yang penting keikhlasan dan tanggungjawab yang sedia dipikul bersama.

Aku sedih bila perkara ini menggoyahkan perasaan aku sebab aku mula nampak another side of X yang sangat low self-esteem dan kuat mengalah. SEDARLAH X..KUATKAN SEMANGAT KAU!! I HATE QUITTERS.



xoxo



pengenalan

blog ini khusus untuk aku meluahkan isi hati dan mendapatkan pandangan anda.
identiti diri tidak perlulah disiarkan kerana ianya lebih baik macam ni..

masalah dalam hidup hendaklah dikongsi bersama..barulah dapat macam2 pendapat yang munasabah dan best. kan?

silalah komen tanpa segan silu.


xoxo